Tuesday, June 24, 2008

Proposal : Peranan Tabung Masjid

PROPOSAL
PERANAN TABUNG MASJID

Oleh

ABD AZIZ BIN HARJIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERLIS
2008


1. Pengenalan
Pengkaji melihat hampir setiap masjid di Malaysia ini mempunyai tabung yang tersendiri dikendalikan oleh jawatankuasa masjid diketuai oleh bendahari masjid berkenaan. Wang yang diberikan oleh ahli jamaah akan dikumpulkan di dalam satu akaun yang disebut sebagai Tabung Masjid. Cara-cara mengumpulkan wang Tabung Masjid ini melalui beberapa teknik seperti menyediakan peti besi di dalam atau luar masjid untuk memudahkan penderma menghulurkan wang derma pada bila-bila masa. Ada juga wang dipungut secara peti bergerak pada hari Jumaat sebelum khatib memulakan khutbah iaitu setiap saf diletakkan peti wang dan setiap jamaah yang berada di tepi saf akan menggerakkan peti berkenaan hingga ke saf hujung, ahli jamaah yang ingin menderma akan memasukkan wang ke dalam peti itu dan terus menghulurkan kepada jamaah yang bersebelahannya. Kini ada satu kaedah lagi iaitu dengan mengedarkan risalah atau laman web menyiarkan nombor akaun bank masjid berkenaan dengan itu derma dapat dihulurkan dengan lebih meluas secara on-line.

Wang masjid yang terkumpul akan dimasukkan ke dalam akaun masjid atas nama Ahli Jawatankuasa Masjid kebiasaannya yang menguruskannya adalah bendahari masjid. Segala urusan yang berkaitan dengan perbelanjaan adalah melalui persetujuan ahli jawatankuasa masjid. Pada setiap tahun akan diadakan mesyuarat agong untuk membentangkan laporan kewangan masjid.

Pada kebiasaannya wang tabung masjid ini hanya digunakan untuk pengurusan masjid semata-mata sementara lebihan dari kegunaan itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank tertentu. Terdapat masjid yang mempunyai simpanan wang ratusan ribu ringgit tanpa dimanfaatkan kepada masyarakat setempat atas alasan mereka yang memberi derma itu untuk kegunaan masjid semata-mata dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Pada hal wang derma itu boleh dimanfaatkan kepada masyarakat setempat yang menghadapi kesempitan hidup, kemalangan, hilang upaya, kemiskinan dan sebagainya seperti dalam firman Allah s.w.t. surah al Taubah ayat 60:

Terjemahan: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(Surah al taubah:60).

Sementara itu oleh kerana tidak ada susatu undang-undang bagi mengawal keselamatan wang derma berkenaan ada kemungkinan boleh berlaku penyelewengan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Pihak berwajib kurang memberi perhatian terhadap kes-kes kecurian, pecah peti besi atau sebagainya kerana tidak ada suatu sistem yang menyeluruh untuk memantau kedudukan wang tabung masjid berkenaan. Dalam hal ini kita tidak menafikan sifat amanah bendahari masjid berkenaan tetapi dengan adanya satu sistem tertentu akan menjadikan institusi kewangan masjid lembih dinamik dan prograsif. Firman Allah s.w.t dalam surah al Nisa’:58

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(Surah al Nisa’: 58).

Sering kali kita menyaksikan sendiri atau diperkatakan dalam dada-dada akhbar tentang kecurian dan peti besi masjid dipecahkan. Masyarakat akan menuduh budak-budak nakal tempatan melakukan kerja jenayah berkenaan. Mungkin pihak lain melakukannya. Persoalan ini perlu kepada penyelesaian yang lebih bersifat akademik.

Kita juga tahu bahawa masjid merupakan pusat kegiatan masyarakat setempat. Umat Islam yang menghadapi berbagai-bagai masalah dan persoalan hidup akan dapat diselesaikan melalui saluran masjid. Sepatutnya tidak timbul masalah kemiskinan melampau dan kehidupan melarat dalam kalangan umat Islam jika institusi kewangan masjid berjalan mengikut landasan yang benar, contohnya apabila berlaku kebakaran, kemalangan, musafir yang terlantar dan sebagainya, apakah sumbangan wang masjid kepada mereka. Kalaulah ahli kariah pun tidak dapat dibantu bagaimana untuk membantu masyarakat muslim peringkat global. Islam menggalakkan supaya umat Islam sentiasa saling bantu membantu antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t. dalam surah al Maidah ayat 2:

Terjemahan: ....dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).(Surah al Maidah: 2).

Oleh itu kewangan masjid yang mantap akan dapat membela nasib masyarakat Islam bukan sahaja dalam negeri malah luar negara. Aktiviti-aktiviti yang lebih mega dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa perlu mengaharapkan bantuan dari pihak lain. Hal ini akan terjadi jika Tabung Masjid disusun dan ditadbirkan dengan lebih berkesan oleh mereka yang benar-benar layak sebagai mana dalam surah Yusuf ayat 55.

Terjemahan: Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya Dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (Surah Yusuf: 55).

2. Objektif Kajian:
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sumber-sumber kewangan masjid. Ini kerana dengan mengetahui sumber berkenaan memudahkan lagi pihak pengurusan untuk mendapatkan dana dengan cepat dan mudah untuk membiayai sesuatu projek. Pemerhatian penyelidik mendapati sumber kewangan masjid adalah dari kutipan pada hari Jumaat dan derma orang ramai melalui peti besi yang disediakan di dalam dan di luar masjid. Mungkin terdapat kaedah-kaedah lain untuk menambahkan lagi dana masjid. Selain itu mungkin pihak masjid boleh mengadakan promosi betapa pentingnya bersedekah. Terdapat juga beberapa buah masjid yang mendapatkan sumber kewangannya melalui perniagaan masjid dengan menyewa bangunan kedai atau sebagainya. Kajian ini akan mengenal pasti sumber-sumber pendapatan masjid.

Selain daripada itu kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bagaimanakah pihak bendahari atau ahli jawatankuasa masjid menguruskan kewangan masjid. Adakah mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan ini mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi tentang ilmu simpan kira-kira kewangan masjid atau sekadar pengalaman. Seterusnya pengkaji ingin mengetahui adakah tabung masjid ini dikawal keselamatannya jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Jika berlaku pecahamanah wang masjid siapakah yang akan bertanggung jawab dan apakah tindakan undang-undang kepada mereka yang didapati bersalah dalam menyelewang harta masjid ini.

Seterusnya pengkaji ingin mengetahui apakah kaedah yang digunakan oleh bendahari atau ahli jawatankuasa masjid dalam membuat agihan perbelanjaan. Adakah mereka membelanjakan wang masjid itu sesuai dengan kehendak syara’ atau mengikut perasaan semata-mata. Kepada mereka yang memerlukan bantuan adakah pihak masjid menghulurkan bantuan berkenaan. Melalui kajian ini penyelidik ingin mengenal pasti ke arah manakah wang masjid dibelanjakan atau sebaliknya dibekukan sahaja.

Penyelidik juga ingin mengenal pasti adakah terdapat undang-undang yang khusus tentang kewangan masjid dan apakah ianya dilaksanakan sepenuhnya oleh mereka yang terlibat. Jika masih kabur tentang undang-undang berkenaan pengkaji akan mencari suatu alternatif undang-undang yang boleh dilaksanakan di peringkat masjid.

Akhir sekali kajian ini adalah untuk pengkaji mengenal pasti apakah model yang sesuai untuk dilaksanakah peringkat masjid untuk menjamin kewangan masjid terjamin dari segi keselamatan, menambakah lagi sumbangan derma kalangan masyarakat, pengurusan kewangan yang cekap dan tempat-tempat yang boleh disalurkan perbelanjan.

Secara keseluruhannya objektif kajian ini adalah seperti berikut iaitu untuk:-
i) Mengenal pasti sumber pendapatan tabung masjid.
ii) Mengenal pasti pengurusan dan pengawalan wang tabung masjid.
iii) Mengenal pasti kaedah pengagihan wang tabung masjid.
iv) Mengenal pasti sistem dan undang-undang berkaitan.
v) Mengenal pasti reka bentuk model kewangan Tabung Masjid.


3. Kepentingan Kajian
1. Kajian ini adalah wajar dilakukan kerana ia akan memberi impak yang besar dalam mengenalpasti sumber-sumbar pendapatan wang masjid. Terdapat masjid yang terlalui daif dari segi perasarananya yang kotor dan semak-samun berpunca dari dana masjid yang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan berkenaan. Terdapat juga masjid yang mempunyai dana yang banyak tetapi tidak dibelanjakan untuk memberi bantuan kepada masyarakat setempat menyebabkan masyarakat setempat kurang berminat untuk terus bersedekah. Oleh itu kajian perlu dijalankan untuk memberi suatu input kepada pihak pengurusan masjid agar digunapakai bagi menambahkan lagi wang tabung masjid.

2. Kajian ini juga diadakan untuk mengenalpasti bagaimana wang tabung masjid diuruskan dan ditadbir. Hasil kajian ini akan digunakan oleh bendahari atau ahli jawatankuasa masjid dalam menguruskan wang tabung masjid dengan lebih berkesan dari sudut perbelanjaan, pegawalan dan pengawasan.
3. Selain dari itu kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimanakah wang berkenaan dimanfaatkan. Terdapat ahli jawatankuasa yang tidak tahu ke arah manakah wang itu boleh dibelanjakan. Mereka tidak ada satu panduan untuk membelanjakan wang berkenaan. Menyebabkan wang dibekukan tanpa digunakan untuk faedah masyarakat Islam.
4. Kajian ini juga dapat melihat adakan terdapat masalah kewangan dari segi keciciran atau sebagainya. Terdapat beberapa faktor berlaku keciciran wang tabung masjid sama ada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Kajian ini akan mendedahkan kepada bendahari atau ahli jawatankuasa supaya kedudukan wang tabung masjid sentiasa terpelihara dengan baik seperti yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t.
5. Kajian ini diadakan untuk mencari satu kaedah bagi meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan pentadbiran kewangan masjid. Melalui kajian ini satu model akan dibentuk untuk kegunaan pihak Majlis Agama Islam dan pihak masjid untuk meningkatkan lagi pungutan dana tabung masjid, pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan penyaluran dana diperluaskan kepada masyarakat muslim setempat atau antarabagsa.

4. Definasi Terma

Tabung : Wang yang dikumpulkan untuk sesuatu tujuan seperti Tabung Haji iaitu wang yang disimpan untuk kegunaan melakukan ibadah haji, Tabung Pendidikan iaitu wang yang disimpant untuk kegunaan melanjutkan pelajaran, Tabung Khairat iaitu wang yang dikumpulan untuk tujuan menyelenggara urusan kematian.
Masjid : Tempat masyarakat Islam berkumpul untuk menunaikan solat secara berjamaah. Masjid Nabawi ialah masjid yang diasakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bertempat di Madinah al Munawwarah. Masjid yang awal dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebagai pusat ibadah, pusat pentadbira, pusat pertemuan masyarakat, dewan mesyuarat, rumah tetamu, pusat pendidikan dan sebagainya.
Tabung masjid : Dana yang terkumpul hasil dari derma yang diberikan oleh individu atau organisasi. Wang diberikan kepada pihak masjid melalui bebrapa cara saperti memasukan wang dalam akaun bank masjid berkenaan, memasukkan wang dalam peti-peti besi di dalam atau di luar masjid yang disediakan atau menderma dalam tabung bergerak pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat dilaksanakan. Kesemua wang ini dimasukan dalam satu akaun yang dinaman sebagai Tabung Masjid akaun ini dipegang oleh bendahari masjid.
Bendahari : Seseorang yang telah dipilih dan dipersetujui oleh ahli jamaah dalam suatu mesyuarat agong supaya memegang kira-kira kewangan masjid dari segi wang masuk keluar, menyimpan kira-kira dan membentangkan perbelanjaan itu dalam mesyuarat agong yang akan datang.
Ahli Jawatankuasa : Mereka yang dilantik untuk memegang jawatan-jawatan biro tertentu kebiasaannya dalam lingkungan lapan orang. Mereka bertanggung jawab membantu melicinkan lagi program-program yang diadakan di masjid berkenaan seperti membantu melicinkan program sambutan Ramadhan, awal Maharam, ceramah perdana dan sebagainya yang diadakan di masjid berkenaan.

5. Latarbelakang Kajian / Pernyataan Masalah

Untuk mengaktifkan fungsi masjid ia memerlukan dana yang mencukupi untuk membayar saguhati penceramah, bil letrik dan air, memperbaiki kerosakan kemudahan asas, bantuan keapda ahli kariah yang menghadapi kemalangan, program-program menyambut hari kebesaran Islam dan sebagainya.
Masjid menghadapi masalah para jamaah kurang menghulurkan derma untuk masjid walaupun peti-peti besi disediakan di dalam dan di luar masjid terpaksa digerakkan tabung-tabung bergerak pada setiap hari Jumaat dari saf ke saf kerana perbelanjaan pengurusan masjid tidak mencukupi kerana Allah s.w.t. berfirman dalam surah al Isra’ ayat 100;

Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut".(Surah al Isra’: 100).

Bagi mengatasi masalah sayangkan harta untuk membelanjakan kepada jalan Allah s.w.t. ini maka satu kajian perlu dijalankan untuk mencarai kaedah yang lebih berkesan supaya lebih ramai masyarakat muslim menderma kepada Tabung Masjid ini. Ceramah dan kempen kesederan wajar diadakan dari masa ke masa untuk menarik mereka bersedekah.

Bersedekah untuk tabung masjid bukanlah suatu yang membebankan lebih-lebih lagi kadarnya tidak ditetapkan mengikut keikhlasan di hati. Masalah yang timbul apabila mereka merasakan menderma kepada tabung masjid itu tidak memberi apa-apa pulangan kepada mereka. Pada hal pahala bersedekah amat besar di sisi Allah s.w.t. seperti firman Allah s.w.t. surah al Baqarah ayat 261;

Terjemahan: Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.(Surah al Baqarah: 261).

Masalah seterusnya terdapat masjid yang memiliki wang tabung yang banyak tetapi tidak dibelanjakan menyebabkan banyak fungsi masjid tidak berjalan dengan lancar seperti saguhati penceramah tidak dibayar. Walaupun mengajar agama itu menjadi kewajipan muslim namun tidaklah wajar tenaga pengajar agama itu tidak dihargai. Hulurlah sedikit saguhati sebagai penghargaan. Terdapat juga masjid yang memiliki wang tabung masjid ratusan ribu ringgit tetapi tidak dibelanjakan untuk membersihkan persekitaran dan tandas yang tidak bersih. Maka perlu kajian dibuat dan hasil kajian dijadikan satu cadangan kepada pihak berkuasa masjid supaya memantau kualiti perkhidmatan dan kualiti kemudahan asas yang disediakan.

Terdapat juga masalah bendahari dan ahli jawatankuasa masjid tidak dapat menguruskan wang masjid dengan berkesan. Penggunaan wang masjid tidak mengikut prioriti dari segi dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyat. Banyak berlaku pembaziran dalam berbelanja. Ini semua adalah disebabkan oleh mereka yang memegang jawatan itu tidak memeliki pengetahuan yang mencukupi dalam mentadbir dan mengurus kewangan masjid. Itu sebabnya mereka yang berilmu sahaja yang layak menjawat jawatan bendahari ini sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam al Quran surah Yusuf ayat 55;

Terjemahan: Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya Dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".(Surah Yusuf: 55).

Selain dari itu terdapat juga masalah pegagihan wang tabung masjid ini tidak diagihkan dengan cara yang sesuai kerana tidak ada garis panduan dalam pengagihan berkenaan. Kajin ini diharapkan supaya penyelidik mendapat satu garis panduan yang boleh diketengahkan kepada pihak Majlis Agama Islam dan pihak masjid supaya mereka mengetahui kepada siapakah yang patut diberikan bantuan tabung masjid ini selain dari kegunaan khas untuk belanjan masjid. Pada hal Allah s.w.t. telah menggariskan di dalam al Quran siapakah yang berhak menerimanya seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al Taubah ayat 60;

Terjemahan: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(Surah al Taubah: 60).

Seterusnya masalah pengawalan wang tabung masjid. Sering kali berlaku pembaziran dalam berbelanja seperti jamuan untuk meraikan anak-anak yatim tetapi mereka yang tidak yatim juga diraikan melebihi anak yatim. Pembaziran juga berlaku kepada air dan letrik. Firman Allah s.w.t. surah al Isra’ ayat 27;

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.(Surah al Isra’:27).

Selain dari masalah pembaziran terdapat juga masalah penyelewangan wang tabung masjid. Penyelidik juga menemui beberapa bendahari masjid yang cuba melarikan diri untuk menjawab persoalan tentang kewangan masjid. Masalah kewangan masjid sudah menjadi masalah peribadi. Mungkin ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka. Maka keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pemantauan supaya ia tidak berterusan. Kajian ini perlu dijalankan untuk mengembalikan kedudukan kewangan masjid berada di tempatnya yang suci.

Maslah pembekuan wang masjid juga menjadi isu yang tidak boleh dipandang sepi oleh kita. Kajian ini ingin melihat apakah masalah yang terdapat dalam institusi berkenaan hingga wang yang begitu banyak tidak dapat dimanfaatkan kepada masjid dan juga kepada masyarakat setempat. Mereka menyimpan harta kekayaan masjid tidak digunakan untuk kemudahan awam nanti Allah s.w.t. akan pertanggung jawabkan apa yang mereka lakukan. Melalui kajian ini penkaji akan menjelaskan faktor-faktor pembekuan harta berkenaan dan menyediakan maklumat-maklumat berkaitan agar pihak Majlis Agama Islam atau pihak masjid mencairkan dana berkenaan supaya tidak berlaku apa yag telah disebut di dalam al Quran surah ali ‘Imran ayat 180;

Terjemahan: Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?"(Surah ali ‘Imran:180).

6. Sorotan Kajian

Dalam Senarai Fatwa 1982 Siri 52/1982: (i) Cadangan melaburkan dan membuat projek-projek dengan wang kumpulan masjid (ii) Hukum fixed deposit (iii) Bunga wang masjid.[1]

Perlunya ada sistem kawalan perakaunan untuk memastikan kesempurnaan rekod dan akaun serta mengelakkan salahguna wang masjid, satu sistem kawalan perakaunan perlulah diamalkan ke atas tunai. Ia bertujuan untuk memastikan yang semua wang tunai yang diterima diakaunkan dengan baik dan semua pembayaran-pembayaran yang dibuat disahkan atau dibuat untuk perkara yang sepatutnya. Sistem kawalan perakaunan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kawalan penerimaan dan kawalan pembayaran.[2]

Mana perginya wang Masjid Kampung Gita? Tindakan pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Kampung Gita membelanjakan RM60,000 untuk membiaya pertandingan zikir merebut Piala Daud Abdul Rahman jelas membelakangkan kepentingan masyarakat. "Mengapa begitu banyak wang yang boleh digunakan untuk kebajikan penduduk setempat dibazirkan sekadar untuk mempopularkan seorang individu.[3]

Lemabaga Amanah sepatutnya memberi bantuan kewangan kepada semua-semua surau daripada Jambatan Gantung sampai Batu 4 Jalan Matang. Surau Mahmudi of Jalan Bunga Merak off Jalan Matang, peruntukan surau digantung atas arahan Daud sematamata kerana Wan Zainal turut tersenarai bertugas sebagai Imam pembantu kepada Imam Haji Putit.[4]

MTAA (Masjid Tun Abdul Aziz) : Dalam menjana ekonomi entuk imarahkan masjid nazirnya berkata orang ramai yakin dan berjaya menderma kepada masjid sejumlah RM143,062 wang derma sepanjang bulan Ogos hingga November 2007 lepas. Daripada jumlah itu, sebanyak RM64,312 dibelanjakan untuk urusan pentadbiran dan program ibadah yang sesuai sepanjang bulan Ramadan. Beliau berkata kewangan masjid perlu diurus secara sistematik dan perbelanjaan pentadbiran mesti mestilah telus. MTAA bernasib baik kerana bendaharinya seorang akauntan bertauliah, yang arif dalam selok-belok kewangan, katanya. Beliau berpendapat satu usaha besar-besaran perlu dibuat untuk membangunkan semula masjid dan persekitarannya, khususnya di Petaling Jaya sebagai mercu tanda kemajuan umat Islam.[5]

Berdasarkan kenyataan di atas pengkaji mendapati wang tabung masjid mempunyai jumlah yang banyak. Berbagai-bagai idea dicadangkan untuk memanfaatkan wang berkenaan. Jika ia diurusakan dengan baik dan dimanfaatkan dengan baik ia akan memberi menfaat kepada masyarkat setempat dari semua aspek khusunya dalam pembangunan dakwah mereka.

7. Kaedah Penyelidikan
Persoalan kajian yang berkaitan dengan kajian ini menumpukan kepada isu peranan tabung masjid kepada ahli jamaah. Kajian ini akan dilaksanakan pada tiga peringkat. Peringkat yang spesifik bagi kajian ini akan dilaksana berikutan dengan teknik kuantitatif dan kualitatif yang releven.

a) Penjelasan konsep:
Pengkaji akan menjelaskan konsep Tabung Masjid dan peranannya mengikut pandangan al- Quran dan al-Hadith, mengkaji kitab-kitab yang mu’tabar, mendapatkan bahan-bahan daripada majalah, makalah, akhbar yang berkaitan dari internet. Seterusnya mendapatkan bahan-bahan manuskrip atau risalah.


b) Pengumpulan Data

Penentuan persampelan iaitu bendahari masjid Perlis 100 orang. Kedah 50 orang, Perak 50 orang, Kelantan 50 orang, Pahang 50 orang, Selangor 50 orang, Johor 50 orang, Sabah 50 orang dan Sarawak 50 orang. Untuk memudahkan penyelidik untuk mendapatkan data akan dibuat melalui pos iaitu penyelidik akan mengirimkan soalselidik kepada masjid-masjid berkenaan ke seluruh Malaysia.

Kutipan data iaitu data kajian akan dikutip melalui pos dan pengkaji sendiri akan pergi ke masjid-masjid berdekatan iaitu Perlis dan Kedah untuk membuat temubual.

c) Analisis Data

Penganalisisan data iaitu berdasarkan kepada objektif kajian, statistik keperihalan dan inferensi akan digunakan untuk menganalisis data kajian. Ini termasuk penggunaan min, sisihan piawai, peratus, ujian perbandingan seperti ujian-t dan ANOVA, statistik regrasi pelbagai, kai kuasa dua dan analisis faktor juga akandiguna bagi memastikan kesan perhubungan, pengaruh di samping mengenal pasti faktor. Semua pengiraan statistik akan menggunakan pakej SPSS.

d) Pembentukan model

Pembentukan model Peranan Tabung Masjid akan memerlukan kontak kolaborasi di antara Bendahari, Pegawai Majlis Agama Islam dan Penyelidik. Kumpulan yang dipilih adalah bersesuain dengan pemilihan ruanglingkup persampelan. Kesahan pembentukan model Peranan Tabung Masjid akan melibatkan prosedur penyeliaan dan teknik latihan pengurusan kewangan.

a) Nama : Abd Aziz bin Harjin
(Name)

b) No. Pekerja : 076115
(Employee No.)

c) Jawatan : Pensyarah
(Position)

d) Taraf Perkhidmatan (Tetap/Kontrak) : Tetap
(Type of Service : Permanent/Contract)

e) No. Telefon(Pejabat) : 04-9874481
(Telephone No.)
No. Telefon Bimbit : 019-4741678
(Handphone No.)

f) Alamat e-mel : abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
(E-mail address)

g) Pengalaman Penyelidikan :
(Research Experience)

Tesis master
Pengurusan Masjid Perlis

h) Deklarasi jumlah projek IRDC ketika ini:
(Declaration of number of IRDC projects currently)
i) Sebagai Ketua: tiada projek ii) Sebagai ahli: tiada projek

Tandatangan Ketua Projek :

__________________________________________
(Signature of Project Leader)

Nama Ahli-ahli Projek Tandatangan


Deklarasi jumlah projek IRDC ketika ini:
(Declaration of number of IRDC projects currently)
i) Sebagai Ketua: 1. projek ii) Sebagai ahli: 6 projek

Senarai Rujukan
Abdul Halim El-Muhammady (1993). Perkembangan Undang-Undang Islam Dari Zaman Rasulullah s.a.w. Hingga Zaman Penjajahan Barat. Petaling Jaya : Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Abdul Hameed Siddiqi & Abdur Rahman Shad (ptrj. & pnys.) (1981). Selections from the Holy Qur'an and Hadith. lahore : Kazi Publication.
Abdul Jalil Hassan, Tan Sri. Prof. Dr. (1989). Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Mujieb, M., Mabruri Tholhah dan Syafi`ah Am (1997). Kamus Istilah Fiqih. Selangor : Advance Publication.
Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (1997). Kamus Sinonim Antonim Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Abu Asad (1979). In Quest Of Knowledge. lahore : Islamic Publications Ltd.
Afzalur Rahman (1980). Islam : Ideology And The Way Of Life. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.
Afzalur Rahman, (1992) Ensiklopedia Sirah, trj. Zaharah Salleh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Hanafi (1970). Pengantar dan Sejarah Hukum Islam. Jakarta : Penerbit Bulan Bintang.
Ahmad Ibrahim Abu Sin, Dr. (1991). Al-Idarah fi Islam, ptrj. Abu Jamhuriah 'Abidin berjudul Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Shalaby, Prof. Dr. (1997). Tarikh al-Tasyri' al-Islami, ptrj. Muhammad Labib Ahmad berjudul Sejarah Perundangan Islam. Singapura : Pustaka nasional Pte. Ltd.
Ahmad Von Denffer (1982). A Day With The Prophet. United Kingdom : The Islamic Foundation.
Ahmed Moulavi, C.N. (1979). Religion Of Islam : A Comprehensive Study. Kerala : Azad Book Stall.
Ala'eddin Kharofa, Prof. Dr. (1992). Islam : The Practical Religion. Kuala Lumpur : A.S. Noordeen.
Al-Bukhari, Imam (1981). Sahih al-Bukhari. Ptrj. H. Zainuddin Hamidy et al. Jil. 1-4. Jakarta : Penerbit Widjaya.
Al-Bukhari, Imam (1993) Sahih al-Muslim. Rendered to English by Dr. Mahmoud Matraji, vol. 1-9. Beyrouth: Dar El Fiker.
Al-Bukhari, Imam, (1994) Terjemahan Sahih al-Bukhari, Jilid 1-5. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.
Al-Faruqi, Isma'il Raji (1980). Islam And Culture. Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Al-Faruqi, Isma'il Raji, (1982). Islamization of Knowledge; General Principles and Work Plan. Herndon, Virginia, U.S.A : International Institute of Islamic Thought.
Al-Faruqi, Isma'il Raji, (1983). The Hijrah : The Necessity of its Iqamat or Vergegenwartgung. Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Al-Faruqi, Isma'il Raji, (1989) "Toward a Critical World Theology", Toward Islamization of Disciplines. Herndon, Virginia, U.S.A : International Institute of Islamic Thought.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad (1965). Bidayah al-Hidayah. Ptrj. H. Rus'an, dengan tajuk : Pengantar Ilmu Tasauf. Jakarta : Bulan Bintang.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad, (1980). Ihya' Ulum al-Din. Ptrj. Ismail Yakub. Jil. 1-8. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Ali Shariati (t.th) Reflections on its Rituals, ptrj. (ke dalam bahasa Inggeris) Laleh Bakhtiar. Chicago : Kazi Publication Inc.
Ali, Abdullah Yusuf (1994). The Meaning of The Holy Qur'an. Maryland : Amana Corporation.
Al-Karim, al-Haj Maulana Fadl (1938). Misykat al-Masabih, ptrj. ke dalam bahsa Inggeris. Jil. 1-4. lahore : The Book House.
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf al-Din (1994). Riyad al-Salihin. Ptrj. M. Abdai Rathomy. Jil. 1-2. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf al-Din (t.th.) Matan al-Arba`in al-Nawawiah Fi al-Ahadith al-Sahihah al-Nabawiyah. Ptrj. (ke dalam bahasa Inggeris) Ezzedin Ibrahim & Denys Johnson-Davies. lahore : Kazi Publication.
Al-Rahman, Fadzlu (1988). Encyclopaedia of Seerah. London : Seerah Foundation London.
Al-Suyuti, Jalaluddin (1986). Lubabun Nuqul fi Asbabun Nuzul, trj. M. Abdul Mujieb AS. Indonesia : Daarul Ihya.
Al-Tirmidhi, Muhammad bin `Isa bin Surah (1993). Sunan al-Tirmidhi. Ptrj. Drs. H. Moh. Zuhri. Jil. 1-5. Kuala Lumpur : Victory Agencie.
Bashir Ahmad (1976). Qur'anic Ethics. lahore : Institute of Islamic Culture.
BBC English Dictionary (1992). London : Harper Collins Publishers.
Brandt, R.B. (1959). Ethical Theory. New Jersey : Prentice-Hall Inc.
Brown, K. & Palmer, M. (pnyt.). (1987). The Essential Teachings of Islam. London : Rider.
Cattell, R.B. (1972). A New Morality From Science. New York : Pergamon Press Inc.
Chidester, D. (1987). Patterns of Action : Religion And Ethics In A Comparative Perspective. Belmont : Wadsworth Publishing Company.
Coulson, J. et al (1962). Oxford Illustrated Dictionary. London : University Press.
Courcy, A.D. (1985). A Guide To Modern Manners. Great Britain : Thames And Hudson.
Cowan, J.M. (1979). A Dictionary of Modern Written Arabic. Wiesbaden : Otto Harrassowitz.
Denise, T.C., Peterfreund, S.P. & White, N.P. (1996). Great Traditions in Ethics. Ed. ke 8. New York. Wadsworth Publishing Company.
DePalma, D.J. & Foley, J.M. (1974). Moral Development : Current Theory And Research. New Jersey : Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Departmen Agama Republik Indonesia (1979). Al-Qur'an dan Terjemahannya. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.
Donald, Elsie Burch (1981) Debrett's Etiquette and Modern Manners. London: Webb and Bower Publishers Limited.
Echols, J.M. & Hassan Shadily (1975). An English - Indonesian Dictionary. London : Cornell University Press.
Elias A. Elias (1983). Elias' Modern Dictionary : English - Arab. Cairo : Elias Modern Pub.
Esposito, J.L. (1991). Islam : The Straight Path. New York : Oxford University Press.
Ewing, A.C. (1969). Ethics. London : The English University Press Ltd.
Facione, P.A., Scherer, D., & Atting, T. (1991). Ethics And Society. Ed. ke 2. New Jersey : Prentice Hall.
Fathy Yakan (1991). What Is The Meaning Of My Affiliation With Islami. Ptrj. (ke dalam bahasa Inggeris) Adi Setia. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Funk, I.K. (1963). New Standard Dictionary of the English Language. New York : Funk and Wagnalls.
Haekal, Dr. Ahmad Muhammad Husain (1995). Hayat Muhammad. Ptrj. Ali Audah. Bogor : PT. Pustaka Litera Pintar Nusa.
Hafiz Ghulam Sarwar (1973). Philosophy of the Qur'an. lahore : Sh. Muhammad Ashraf.
Hakim, Dr. Khalifa Abdul (1972). Prophet And His Message. lahore : Institute Of Islamic Culture.
Hall, T.W. (1978). Introduction to the Study of Religion. New York : Harper & Row Publishers.
HAMKA, Prof. Dr. (1981). Tafsir al-Azhar. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Hammudah Abdalati (1978). Islam In Focus. Kuwait : The International Islamic Federation Of Student Organisations.
Hare, R.M. (1964). The Language of Morals. London : Oxford University Press.
Harman, G. (1977). The Nature of Morality : An Introduction to Ethics. New York : Oxford University Press.
Haron Din et. al. (1985). Manusia dan Islam. Malaysia : Jawatankuasa Penyediaan Buku "Manusia dan Islam" Polis di Raja Malaysia.
Harrison, J. (1971). Our Knowledge of Right and Wrong. London : George Allen & Unwin Ltd.
Hasan bin Haji Saleh, Haji. (1975). Al-Qawa'id al-Fiqhiyyah, edisi jawi. Kelantan: Pustaka Aman Press.
Hasan S. Karmi (1970). Al-Munir An English-Arabic Dictionary. Lebnan : Longman.
Hasan, Masudul & Waheed, A. (1974). Introduction To The Study Of Islam. lahore : Ferozsens Ltd.
Hassan bin Haji Salleh, Haji. (1976). Dasar-Dasar Hidup Islam. Selangor : Haji Hassan bin Haji Salleh.
Hassan Hanfi (1995). Islam In The Modern World. Jil. 1-2. Cairo : The Anglo-Egyptian Bookshop.
Hornby, A.S. (1972). Kamus Pembaca : Inggeris - Melayu. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Hospers, J. (1961). Human Conduct : An Introduction to the Problems of Ethics. New York : Harcourt, Brace & World Inc.
Hourani, G.F. (1985). Reason And Tradition In Islamic Ethics. London : Cambridge University Press.
Hudson, W.D. (1970). Modern Moral Philosophy. London : MacMillan and Co Ltd.
Ibn Khaldun (1980). Muqaddimah, ptrj. Franz Rosenthal berjudul The Muqaddimah, jil. 2. New York : Princeton University Press.
Irving, T.B., Khurshid Ahmad & Muhammad Manazir Ahsan. (1979). The Qur'an : Basic Teachings. United Kingdom : The Islamic Foundation.
Isma'il Rafi al-Faruqi, (1989). "Towards a Critical World Theology", Toward Islamization of Disciplines. Virginia, U.S.A.: International Institut of Islamic Thought
Jaksa, J.A. & Pritchard, M.S. (1993). Communication Ethics : Methods of Analysis. California : Wadsworth Publishing Company.
Johns, A.H. et al (1991). Kamus Inggeris - Melayu Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Johnson, O.A. (1969). The Moral Life. London :George Allen And Unwin Ltd.
Khalid M. Hussain (1985). Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalil Saadeh. (1974). Saadeh's Dictionary. Jil. 1. Beirut : Maktabah Lubnan.
Khurshid Ahmad. (1977). Islam : Its Meaning And Message. New Delhi : Ambika Publications.
Kupperman, J.J. (1970). Ethical Knowledge. London : George Allen & Unwin Ltd.
Kupperman, J.J. (1983). The Foundations of Morality. London : George Allen & Unwin.
Latif, Sayyid Abdul (1983). The Concept Of Society In Islam And Prayers In Islam. lahore : Hijra International Publishers.
Leeuw, Gerardus Van Der (1963). Sacred and Profane Beauty the Holy in Art. New York : Holt, Rinehart and Winston.
MacDonald, D.B. (1971). Aspects Of Islam. New York : Books For Libraries Press.
Madni Abbasi, S.M. (1990). Islamic Manners. Delhi : Adam Publishers.
Mansor Hj. Sukaimi (1982). Dynamic Functions of Mosques : The Singapore Experience. Singapura : Majlis Agama Islam.
Martin, M.W. (1988). Everyday Morality : An Introduction to Applied Ethics. California : Wadsworth Publishing Company.
Mary Douglas (1975). Implicit Meanings; Essays in anthropology. London : Routledge and Kegan Paul.
Maududi, Sayyid Abul A`la (1989). Let Us Be Muslim. Pnyt. Khurram Murad. United Kingdom : The Islamic Foundation.
Mohd. Janib Johari. (1994). Moral : Teori Aplikasi dan Permasalahan. Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Abdus Sattar, Dr. (1978). Islam : The True Religion Of Allah. Pulau Pinang : Baanu Agencies.
Muhammad Fazlur Rahman Ansari (1977). The Quranic Foundation and Structure of Muslim Society. Jil. 1-2. Karachi : Indus Educational Foundation.
Muhammad Muslehuddin, Dr. (1993). Fiqh Islam Dan Prinsip Darurah Dan Hajat, ptrj. Yusof Ismail. Petaling Jaya : Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Muhammad Zafrulla Khan (1980). Islam : Its Meaning For Modern Man. London : Routledge & Kegan Paul.
Mullins, L.J. (1992). Hospitality Managemant : A Human Resource Approach. London : Pitman Publishing.
Muslim, Imam (1993). Sahi Muslim, Rendered into English by Dr. Mahmoud Matraji, vol. 1a-4b. Beyrouth: Dar El Fiker.
Nasir Ahmed (Pnyt & pnys). (1980). The Fundamental Teachings of Qur'an and Hadith. New Delhi : Kitab Bhavan.
Nelson, W.N. (1991). Morality : What's In It For Mei Oxford : Westview Press.
Noresah bt. Baharom et. al. (Pnyt.). (1994). Kamus Dewan. Ed. ke 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nowell-Smith, P.H. (1954). Ethics. England :Penguin Book.
Oesterle, J.A. (1957). Ethics : The Introduction to Moral Science. New Jersey : Prentice-Hall Inc.
One World Only (1968). The Ethical And Social Demands Of World Religions For A Modern Society. Tokyo : Friedrich Ebert Stiftung.
Panduan Menulis Tesis : Gaya UKM. (1992). Ed. ke 2. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Post, E.L. (1975). The New Emily Post's : Etiquette. New York : Funk & Wagnalls.
Post, Emily (1927) Etiquette: In Society, in Business, in Politics and Home. London: Funk & Wagnalls Company.
Qadi `Iyad (1992). Muhammad Messenger of Allah. Ptrj. (ke dalam bahasa Inggeris) Aisha Abd Rahman Bewley. Granada : Madinah Press.
Qardawi, Dr. Yusof (1980). Al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Madrasah Hassan Albanna. Ptrj. Prof. H. Bustami A. Gani & Drs. Zainal Abidin Ahmad, berjudul : Pendidikan Islam dan Madrasah Hassan al-Banna. Jakarta : Bulan Bintang.
Rahim Abdullah (1997) "Mengurus Jangkaan Pelanggan", Utusan Malaysia. 25 November.
Rasid Muhammad (1993). Islam : Kefahaman dan Penghayatan. Perak : Arena Ilmu Sdn. Bhd.
Reeve, C.D.C. (1992). Practices of Reason - Aristotle's Nicomachean Ethics. Oxford : Clarendon Press.
Roth, J.K., ed. (1995) International Encyclopedia of Ethics. London: Fitzroy Dearborn Publishers.
Russell, B. (1993). History of Western Philosophy, tejemahan oleh Mohd. Safar Hasim dan Fatimah Yusoff dengan judul; Sejarah Falsafah Barat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salim, Drs. Peter. (1986). The Contemporary : English - Indonesian Dictionary. Jakarta : Modern English Press.
Shodiq, Drs. M. (1990) Kamus Istilah Agama. Jakarta : Bonafida Cipta Pratama.
Siddiqi, Muhammad Saeed (Ptrj). (t.th.). The Call To Islam. Pnyt. Mahmood Ahmed Ghazanfer. lahore : Kazi Publications.
Siddique, Dr. Kaukab. (1986). Towards Understanding The Basics Of Islam. Selangor : Thinker's Library Pte Ltd.
Sidgwick, H. (1967). The Methods of Ethics. Ed. ke 7. London : McMillan.
Sidi, `Abd al-Hamid & Sad, `Abd al-Rahman (1981). Selections From The Holy Qur'an and Hadith. lahore : Kai Publications.
Singer, M.G. (1963). Generalization in Ethics. London : Eyre & Spottiswoode.
Singer, P. (1995). A Companion to Ethics. Oxford : Blackwell Publishers Ltd.
Smurl, J.F. (1972). Religious Ethics : A Systems Approach. New Jersey : Prentice - Hall Inc.
Soltis, J.F. & Chazan, B.I. (1973). Moral Education. New York : Teachers College Press.
Stevenson, C.L. (1967). Facts and Values : Studies in Ethical Analysis. New Haven : Yale University Press.
Stocks, J.L. (1969). Morality and Purpose. London : Routledge & Kegan Paul.
Stone, I.F. (1991). The Trial of Socrates, trj. Rahman Asa Harun dengan judul Peradilan Socrates - Skandal Terbesar dalam Demokrasi Athena.
Tabbarah, Afif A. (1978). The Spirit Of Islam. Ptrj. (ke dalam bahasa Inggeris) Hasan T. Shoucair. t.pt. t.tp.
Tan, Raelene (1992) Indian & Malay Etiquette. Singapore: Landmark Books Pte Ltd.
Thomson, J.A.K. (1953). The Ethics of Aristotle. London: George Allen & Unwin Ltd
Titus, H.H. & Keeton, M. (1973). Ethics For Today. Ed. ke 5. New York : D. Van Nostrand Company.
Toshihiko Izutsu (1959). The Structure of the Ethical Terms in the Koran. Pnyt. Nobuhiro Matsumoto. Jil. 2. Japan : Keio Institute of Philological Studies.
Wach, Joachim (1958). Sociology of Religion. Chicago : The University of Chicago Press.
Waddy, C. (1982). The Muslim Mind. Ed. ke 2. London : Longman.
Warnock, G.J. (1971). The Object of Morality. London : Methuen & Co Ltd.
Weena Sornchai (1989). "How to build Staff Attitudes", Seminar on Hotel & Catering management Effective Management Practices for the Holel & Catering Industry. Petaling Jaya : APO Seminar on Hotel and Catering Management.
Wuthnow, R. (1987). Meaning and Moral Order; Explorations in Cultural Analysis. Los Angeles : University of California Press.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com